Ketahui Dulu Pergerakan Pasaran Menjelang Sesi New York

329

Pelabur menyambut baik pengumuman pihak berkuasa China untuk mengurangkan sekatan Covid-19 di bandar-bandar utama, dengan memacu dagangan kebanyakan mata wang utama lebih tinggi.

Memasuki sesi pasaran Eropah, mata wang sensitif risiko dolar Aussie melanjutkan kenaikan ke paras ketinggian hampir lima minggu sementara dolar New Zealand pula tertinggi empat minggu.

Shanghai memberitahu pada hari Ahad bahawa ia akan menarik balik sekatan terhadap perniagaan mulai 1 Jun, manakala Beijing pula telah membuka semula bahagian pengangkutan awamnya serta beberapa pusat membeli-belah dan tempat lain apabila kes jangkitan semakin stabil.

Peningkatan sentimen ini mendorong US dolar, yang biasanya dianggap sebagai safe-haven untuk terus didagangkan di paras terlemah hampir satu bulan.

Harapan yang semakin pudar untuk pengetatan agresif oleh Federal Reserve (Fed) selepas jangkaan kenaikan kadar faedah 50 mata asas pada mesyuarat polisi akan datang, juga menambah kesuraman buat dagangan dolar greenback.

Sementara itu, euro kekal mengukuh di paras ketinggian hampir satu bulan dengan tumpuan pelabur terarah kepada usaha Kesatuan Eropah (EU) untuk mendapatkan persetujuan menyekat minyak Rusia.

Sekiranya EU berjaya mendapat kesepakatan dalam isu sekatan minyak Rusia, ia boleh mendorong mata wang euro untuk susut semula kerana impaknya terhadap ekonomi Eropah adalah besar.

Selain itu, pound terus bertahan pada keuntungan yang diraihnya dengan didagangkan stabil pada sekitar harga 1.2650 berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat