Khuatir Dengan Harga Minyak Yang Rendah, Presiden Trump Hubungi Putin

781

Kebimbangan terhadap kejatuhan ketara harga minyak mentah dunia telah mendorong Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk campur tangan dalam pertikaian harga antara Arab Saudi dan Rusia.

Sehubungan itu, Trump menghubungi Presiden Rusia Vladimir Putin, di mana kedua-dua pihak telah bersetuju untuk meneruskan perbincangan mengenai harga minyak melalui menteri tenaga masing-masing.

Berdasarkan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh White House, kedua-dua pemimpin itu turut menekankan mengenai kepentingan kestabilan dalam pasaran minyak global.

Dalam satu panggilan telefon yang dibuat pada Isnin, dua pemimpin tersebut juga mengambil kesempatan untuk membincangkan mengenai perkembangan terkini dan usaha menangani pandemik koronavirus.

Trump dan Putin dikatakan telah mencapai kesepakatan untuk bekerjasama rapat melalui G20 dalam memerangi wabak itu dan menghidupkan semula ekonomi global.

Niaga hadapan WTI Amerika Syarikat kembali mencatat peningkatan setelah jatuh ke paras terendah 18 tahun, dengan kenaikan lebih 5% kepada $21.19 setong. Minyak mentah Brent pula menokok sebanyak 2% kepada $26.95 setong.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat