Kos Sara Hidup Tinggi! Pemilik Uniqlo Naikkan Gaji Sehingga 40%

368

Pemilik rangkaian fesyen Jepun, Uniqlo mengumumkan kenaikan gaji pekerja di negara itu sehingga 40%.

Fast Retailing berkata dasar gaji baharu itu dikenakan kepada pekerja sepenuh masa di ibu pejabat dan kedai syarikatnya di Jepun mulai awal Mac.

Minggu lalu, Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida menggesa firma-firma supaya meningkatkan gaji bagi membantu orang ramai yang bergelut dengan kenaikan harga.

Ini susulan peningkatan inflasi yang membimbangkan di negara itu, namun gaji di negara itu kekal tidak berubah.

Langkah itu dibuat sebagai ganjaran kepada pekerja dengan sewajarnya untuk cita-cita dan bakat mereka, serta meningkatkan potensi pertumbuhan dan daya saing syarikat selaras dengan piawaian global, menurut Fast Retailing.

Sementara itu, PM Fumio Kishida memberi amaran bahawa stagflasi’* akan muncul jika pertumbuhan gaji ketinggalan berbanding kenaikan harga.

*Stagflasi ialah apabila ekonomi tidak berkembang tetapi harga terus meningkat.

Ekonomi Jepun dilaporkan menguncup pada suku ketiga sebanyak 1.2% tahun ke tahun, manakala harga pengguna teras pula meningkat 3.7% pada bulan November, kadar terpantas sejak 1981.

Sementara itu di Tokyo pula menyaksikan lonjakan inflasi ke paras tertinggi sejak 1982 pada bulan Disember dengan peningkatan 4%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat