Lepas Junam Parah, Apa Jadi Pada Wall Street?

196

Pasaran saham Amerika Syarikat menunjukkan tindak balas awal yang bercampur-campur terhadap keluaran minit mesyuarat Federal Reserve (Fed).

Reaksi harga mencadangkan bahawa minit tersebut tidak mengandungi kejutan baharu memandangkan Fed sebelum ini telah berulang kali menyatakan akan meneruskan kenaikan kadar faedah.

Dow Jones Industrial ditutup dengan sedikit kerugian sekitar 0.26% kepada 33,045.10, manakala S&P 500 turun 0.16% kepada 3,991.06 dan Nasdaq naik sedikit kepada 12,066.27.

Walaupun dengan kemerosotan yang dialami oleh S&P dan Dow Jones, kejatuhan tidak seteruk hari Selasa, yang merupakan prestasi harian terburuk yang dicatatkan oleh pasaran pada 2023.

Selain itu, hasil perbendaharaan AS 10 tahun pula berundur dari paras ketinggian 3 bulan, memberi ruang buat dagangan saham kekal stabil selepas laporan minit dikeluarkan.

Dalam pada itu, beberapa saham membuat pergerakan besar dalam perdagangan lanjutan, di mana Nvidia melonjak lebih 7% susulan laporan pendapatan suku terbarunya.

Sementara Lucid, pembuat kenderaan elektrik menyaksikan kemerosotan 9% dalam sahamnya selepas melaporkan hasil suku keempat yang kurang daripada jangkaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat