Makin Padu! XRP Tembus $1.64 Selepas Rasmi Sertai Sektor DeFi!

3,903

Dalam satu laporan terbaru, pasukan Wanchain mengumumkan kini pelabur XRP boleh terlibat dalam pelbagai aktiviti aplikasi DeFi menggunakan token tersebut.

Wanchain adalah sebuah platform blockchain saling kendali yang dibangunkan dengan tujuan untuk menyatukan kebanyakan blockchain yang terpisah.

Jelas Wanchain lagi menerusi kandungan blog rasmi: “Penghubung cross-chain yang menghubungkan XRP Ledger, Wanchain dan Ethereum kini bersiaran langsung dan beroperasi di mainnet bagi setiap rangkaian.”

Ini bermakna pelabur XRP kini boleh menggunakan XRP mereka untuk farm, melombong dan menyediakan aliran dana, tidak seperti sebelum ini membiarkan token mereka tidak bergerak aktif.

Khabar integrasi XRP bersama Wanchain berjaya mendorong XRP ke paras yang lebih tinggi, melepasi 633% setakat ini bagi rekod 2021.

Harga XRP sekitar jam 3.30 petang tadi didagangkan pada $1.64 . Rekod tersebut merupakan harga XRP yang tertinggi sejak Januari 2018.

Pada masa yang sama, lonjakan mendadak sejak kebelakangan ini disebabkan oleh kemenangan yang berpihak kepada Ripple, di mana Securities and Exchange Commission (SEC) dituntut menyerahkan dokumen dalaman yang berkaitan Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH).

Tidak cukup dengan itu, SEC gagal membuktikan rekod kewangan penjualan XRP ada kaitan dengan CEO Ripple, Chris Larsen dan Brad Garlinghouse.

Ketika penulisan, XRP didagangkan pada $1.61, melonjak lebih 14% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat