Malaysia Peroleh Bekalan Mencukupi Untuk Bantu Pemulihan Ekonomi

279

‘Banyak lebihan modal tu, harapnya tenang sikit tekanan ekonomi negara.’

Bank Negara Malaysia (BNM) mengesahkan bahawa sistem perbankan negara memiliki peruntukan mencukupi untuk membantu usaha pemulihan ekonomi.

Asas tersebut dicapai berdasarkan peningkatan nisbah modal pada bulan Mei, dipacu oleh keuntungan penilaian atas instrumen kewangan tersedia untuk dijual semasa hasil bon berkurangan dalam tempoh tersebut.

Memetik laporan bulanan yang dikeluarkan BNM pada 30 Jun, terdapat lebihan penampan sebanyak RM121.5 bilion setakat pengakhiran Mei 2022.

Selain itu, nisbah pinjaman terjejas kasar dan bersih keseluruhan kekal stabil pada 1.6% dan 1%, mencerminkan peningkatan kecil dalam kemerosotan nilai daripada segmen perniagaan dan isi rumah ekoran pengurangan bantuan pembayaran balik sejak suku pertama 2022.

Diperincikan bahawa jumlah modal kekal di tahap stabil pada 1.8% daripada jumlah pinjaman sistem perbankan dan 109.1% daripada pinjaman terjejas sementara jumlah peruntukan serta rizab kawal selia berjumlah RM40.7 bilion setakat akhir Mei 2022.

Dalam pada itu, pasaran kewangan domestik juga kekal dalam landasan terbaik rentetan daripada penurunan hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia 10 tahun sebanyak 21 mata asas yang disokong aliran masuk portfolio asing ke pasaran bon tempatan.

Pada sisi berbeza, hasil bon serantau meningkat 24.5 mata asas secara purata.

Pasaran kewangan tempatan juga didorong keadaan kewangan global yang lebih ketat ekoran jangkaan pengetatan dasar monetari dan pertumbuhan ekonomi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat