Mampus Pound!

1,315

Memasuki sesi Eropah, dagangan pound sterling kembali menjunam setelah terdapat laporan bahawa perunding perdagangan Kesatuan Eropah (EU) dan UK gagal merapatkan jurang perbezaan dalam rundingan berhubung isu bantuan negara.

Isu ini adalah elemen penting yang menjadi penghalang utama kepada mereka untuk mencapai perjanjian perdagangan Brexit.

Reuters yang memetik kenyataan daripada pegawai dan sumber yang rapat dengan perkara itu memberitahu bahawa mereka masih tidak pasti sama ada kedua-dua pihak akan mencapai kesepakatan dalam isu ini.

Laporan tersebut turut menyatakan bahawa walaupun EU dan UK bersetuju untuk mencapai perjanjian pada waktunya, persetujuan akhir dari pihak EU akan bergantung pada pembatalan rang undang-undangan pasaran dalaman, yang mana ia tidak mungkin terjadi memandangkan ia telah diluluskan oleh parlimen UK.

Sementara itu, Presiden Pesuruhjaya von der Leyen dilaporkan akan membuat pernyataan mengenai Brexit selepas ini, di mana beliau akan mengumumkan untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap UK susulan persetujuan rang undang-undang yang melanggar perjanjian Brexit.

Pasangan matawang pound berbanding US dolar menjunam lebih rendah dengan mencatatkan penurunan sekitar 130 pips susulan berita tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat