Masih Tiada Yang Selamatkan, USD Kekal Tenggelam!

292

US dolar kekal melemah pada hari Jumaat di tengah-tengah sesi dagangan yang terhad berikutan penutupan pasaran ekuiti dan bon Amerika Syarikat sempena cuti Thanksgiving Day.

Sesi Asia memperlihatkan indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback didagangkan suram pada 105.88 berbanding sekumpulan mata wang utama.

Raja mata wang itu umumnya masih terkesan dengan minit mesyuarat FOMC yang menunjukkan kesediaan para penggubal dasar Federal Reserve (Fed) untuk mula memperlahankan kenaikan kadar faedah.

Pasaran kini menguatkan lagi jangkaan bahawa bank pusat itu akan melaksanakan peningkatan sebanyak 50 mata asas pada mesyuarat polisi bulan Disember.

Menuju dagangan penghujung minggu, pasaran secara keseluruhannya menyaksikan pelabur mengasingkan diri daripada memasuki posisi berikutan penutupan pasaran saham dan bon di AS serta risiko Covid-19 di China.

Ini menyebabkan greenback terus lemah pada sekitar paras terendah, dan mata wang utama lain pula mendatar pada sesi Asia.

China terus mencatatkan rekod baharu kes Covid-19, menyebabkan Beijing dan bandar-bandar utama lain kembali melaksanakan perintah berkurung.

Pasaran juga dilihat berhati-hati dengan aktiviti profit taking oleh pelabur memandangkan pasaran sedang menuju ke penghujung minggu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat