Matawang China Mengalami Kejatuhan Nilai Gara-Gara Prospek Kenaikan Kadar Oleh Fed

136

Menurut Ketua Ekonomi PBOC, Ma Jun memberitahu pemberita pada Selasa bahawa, kenaikan kadar faedah pada bulan Disember dijangka akan memberi kesan terhad kepada matawang Yuan.

Yuan menyusut lebih awal berikutan prospek jangkaan kenaikan kadar yang semakin menguat oleh Fed. Pun begitu, matawang ini dijangka akan memulih sekiranya Fed benar-benar menaikkan kadar.

Kebanyakan matawang dunia agak menyusut berikutan jangkaan kenaikan tersebut.

Yuan jatuh lebih 1.5% berbanding US Dollar sejak akhir September lalu berikutan beberapa spekulasi yang memberi tekanan buat matawang China itu.

Ma turut mengulas lanjut mengenai usaha China terhadap peningkatan harga rumah yang melonjak dengan lebih pantas dalam bulan September. Menurut beliau, perubahan ketara dalam harga hartanah akan menjejaskan kestabilan kewangan dan matlamat bank pusat.

Hubungan EU dan Britain Semakin Tegang

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat