Matawang GBP Jatuh Berikutan Kenaikan Pengangguran UK Sejak Hampir 2 Tahun Lalu

983

Matawang GBP melemah pada Rabu yang jelas dilihat berbanding matawang-matawang utama yang lain setakat pada pukul 9.45 malam berikutan kadar pengangguran yang meningkat buat pertama kali sejak hampir dua tahun lepas.

Data pekerjaan UK yang dikeluarkan pada pukul 5.30 petang Rabu menunjukkan pasaran pekerjaan yang bercampur-campur. Kadar pengangguran di United Kingdom meningkat dari paras terendah dengan kadar gaji (average earning index) naik sejajar dengan jangkaan pasaran.

Disebabkan kenaikan kadar pengangguran, potensi kenaikan kadar faedah Bank of England (BoE) kini menurun.

Pejabat Statistik melaporkan kadar pengangguran meningkat kepada 4.4% daripada 4.3% sebelum ini. Data ‘Claimant Count‘ (tuntutan faedah pengangguran) jatuh sebanyak 7,200 pada Januari berbanding tambahan 6,200 sebelum ini.

Data yang lebih penting iaitu kadar gaji meningkat 2.5% sejajar dengan jangkaan pasaran yang mana tidak berubah daripada bacaan sebelum ini.

Menurut pakar daripada Universiti Liverpool, Professor Costa Milas berkata, “Kadar pengangguran mungkin akan difikirkan semula oleh ahli bank pusat. Mungkin mereka mahu melihat penurunan semula pengangguran beberapa bulan akan datang sebelum menaikkan kadar faedah pada Mei 2018.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat