Matawang GBP Pulih Dari Kejatuhan : Kedudukan May Kekal Kukuh

567

Matawang Sterling (GBP) bergerak tidak menentu pada Selasa selepas perletakan jawatan oleh dua menteri kanan kabinet Britain. Kedua-dua menteri tersebut bimbang jika Britain berhadapan dengan ‘Hard -Brexit’ walaupun kedua-dua mereka bersifat skeptikal terhadap Eropah (Euro-skeptic).

Matawang GBP pada Isnin jatuh sehingga lebih dari 100 pip yang dapat dilihat dalam pasangan matawang GBP/USD, GBP/JPY, dan lain-lain. Hal ini berikutan perletakan jawatan oleh Menteri Luar Boris Johnson selepas David Davis meletakkan jawatan lebih awal pada Isnin.

Selepas daripada kejatuhan tersebut, pasangan matawang GBP memulih semula kerana kedudukan May sebagai Perdana Menteri dilihat masih selamat walaupun dua menteri kanan itu meletakkan jawatan.

Selepas perletakan jawatan Davis sebagai Menteri Brexit, May tidka mengambil masa yang panjang untuk menggantikan beliau dengan Dominic Raab sebagai Menteri Brexit yang akan menguruskan keluarnya Britain dari Kesatuan Eropah. Raab adalah Menteri Perumahan Britain sebelum dilantik sebagai Menteri Brexit dan beliau juga seorang pro-Brexit.

Ketika ini usaha untuk memecat Theresa May daripada jawatan Perdana Menteri sedang dijalankan oleh ahli-ahli Parlimen UK. Walaubagaimanapun, keadaan semasa dilihat akan memihak kepada Theresa May jika undi tidak percaya dijalankan.

Namun, risiko tetap wujud jika rundingan Brexit dengan EU masih gagal mencapai kata sepakat dalam perkara yang memberi faedah kepada UK. Jika ini terjadi, lebih ramai ahli perlimen Konservatif yang akan memberi tekanan kepada Theresa May untuk meletakkan jawatan, malah mengundi untuk pemecatan beliau di Parlimen.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat