Matawang Pound Bakal Ditekan Isu Brexit Ditengah Penularan Wabak Covid-19 Yang Semakin Buruk!

295

Selain isu penularan pandemik Covid-19, para pelabur di Eropah mula memberi perhatian kembali pada isu utama UK iaitu Brexit dimana tarikh akhir rundingan memperpanjangkan tempoh peralihan ialah pada bulan Jun.

Pada rundingan minggu lalu yang menyentuh isu perjanjian perdagangan pasca-Brexit, pentadbiran UK telah menekankan kembali pendirian mereka untuk keluar dari Kesatuan Eropah tanpa kesapakatan jika rundingan tidak dapat dicapai pada akhir tahun ini.

Walauabagaimanapun, hampir kebanyakkan berpendapat bahawa rundingan semakin mencabar dan sukar ditengah penularan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan. Walaupun tumpuan utama pada penularan wabak Covid-19, namun pasaran juga berpendapat bahawa matawang pound bakal terkesan dengan isu Brexit.

Kesatuan Eropah merupakan rakan dagang terbesar UK danpengunduran UK tanpa perjanjian dijangka akan menyebabkan impak yang besar terhadap ekonomi UK. Penganalisis berpendapat UK bakal mengalami kemelesetan terburuk dalam tempoh 300 tahun.

Berbaki 2 bulan lagi tempoh yang ada, matawang pound akan menjadi tumpuan utama. Walaupun matawang pound telah menyusut pada paras terendah 35 tahun iaitu pada sekitar $1.14 pada bulan Mac dan memperoleh hampir 8% pada bulan lalu, penganalisis berpendapat risiko matawang sterling terkait isu Brexit tidak akan pernah hilang dan akan mula memuncak pada bulan Mei.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat