Tingkatkan Aset Digital, Facebook Beli 10% Saham Jio Platforms Ltd.

330

Facebook Inc dalam usaha meluaskan rangkaian pasarannya telah melaburkan sebanyak $5.7 bilion dalam aset digital dan telekomunikasi yang dikendalikan oleh Mukesh Ambani.

Syarikat tersebut dikatakan membeli sebanyak 10 peratus saham Jio Platforms Ltd. sekaligus menjadikan Facebook sebagai pemegang saham minoriti terbesar. Pelaburan tersebut meletakkan Jio Platforms pada nilai $66 bilion.

Jio Platforms dimiliki sepenuhnya Reliance Industries Ltd. (RIL) iaitu syarikat servis digital. Manakala Reliance Jio Infocomm Ltd. merupakan syarikat yang dimiliki oleh Jio Platforms.

Usaha kerjasama ini memberi peluang kepada kedua-dua syarikat untuk mengembangkan pasaran masing-masing dengan membuka jalan kepada Facebook untuk mengakses pasaran India manakala RIL dapat memanfaatkan kepakaran Facebook dalam teknologi untuk mengembangkan Jio sebagai syarikat digital.

Dengan jumlah pengguna Facebook di India yang sudah mencecah 250 milion manakala Whatsapp melebihi 400 milion, India terpilih sebagai negara pertama yang akan menerima tempoh percubaan perkhidmatan pembayaran melalui Whatsapp.

RIL menjelaskan bahawa dengan pelaburan tersebut, termeterai perjanjian perkongsian komersial antara Jio Platforms, Reliance Retail Ltd. dan Whatsapp. Pengguna dapat mengakses perniagaan dan servis yang ditawarkan JioMart dan menyokong perniagaan kecil menerusi Whatsapp.

JioMart merupakan inisiatif offline-to-online oleh Reliance Retail yang mana menghubungkan pengguna dengan pengeluar, peniaga dan jenama melalui teknologi. Pengguna boleh membeli daripada 50,000 jenis produk runcit dan menerima servis penghantaran secara percuma.

Reliance dan Facebook turut dilaporkan dalam perbincangan untuk membina aplikasi yang sama seperti WeChat, aplikasi yang dibangunkan oleh Tencent Holdings.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat