Membimbangkan! Kadar Inflasi Negara Susut 1.4%

397

Indeks Harga Pengguna (IHP), yang mengukur kadar inflasi utama, turun 1.4 peratus pada September 2020, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.

Ketua Perangkaan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin dalam satu kenyataan berkata, IHP September menurun kepada 120.1 berbanding 121.8 pada tahun lalu.

Penyusutan indeks keseluruhan itu didorong oleh penurunan pada indeks pengangkutan (-9.9%), perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (-3.0%), pakaian dan kasut (-0.6%) telah menyumbang 41.6% daripada keseluruhan wajaran.

Bagaimanapun, ujar Mohd. Uzir, makanan dan minuman bukan beralkohol meningkat sebanyak 1.4% kepada 135.1 mata berbanding 133.2 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Tambahnya lagi, kumpulan indeks berkenaan menyumbang 29.5% daripada keseluruhan wajaran IHP.

Mohd Uzir berkata, barangan dan perkhidmatan turut menunjukkan peningkatan 2.7% diikuti komunikasi (1.6%) dan kesihatan (1.1%).

Selain itu, Jabatan Perangkaan juga memaklumkan purata harga bahan petrol jenis RON95 menurun kepada RM1.68 seliter berbanding RM2.08 pada September tahun lalu.

Purata harga bahan petrol RON97 juga menunjukkan penurunan kepada RM1.98 seliter berbanding RM2.58 manakala diesel turut menurun kepada RM1.73 seliter berbanding RM2.18 pada bulan yang sama tahun lalu.

Indeks bagi semua negeri juga menunjukkan penurunan antara -0.8% hingga -2.2% bagi September 2020 berbanding September 2019.

“Bagaimanapun, semua negeri menunjukkan peningkatan dalam indeks makanan dan minuman bukan beralkohol. Jumlah tertinggi dicatatkan oleh Selangor dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (2.4%), diikuti Terengganu (1.6%), Johor (1.5%) dan Perak (1.5%).

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat