Mengapa Emas ‘Steady’ Je Dengan Berita Positif Vaksin?

405

Logam kuning emas didagangkan stabil dengan memaparkan sedikit peningkatan pada hari Isnin, sementara matawang US dolar terus diniagakan lemah ketika awal pembukaan sesi Eropah.

Spot emas diniagakan meningkat di sekitar paras harga $1,874 per auns, manakala niaga hadapan emas positif pada $1,872 per auns (3.30 petang waktu Malaysia).

Dolar greenback didagangkan rendah berbanding kebanyakan matawang utama berikutan laporan positif mengenai vaksin Covid-19 yang telah menyokong sentimen pasaran pada pembukaan sesi dagangan hari ini.

Amerika Syarikat dijangka menerima vaksin Covid-19 sehari selepas Pentadbiran Makanan dan Dadah AS (FDA) meluluskannya pada pertengahan Disember. Sementara Britain pula mungkin memberikan kelulusan kepada vaksin Covid-19 yang diusahakan Pizer bersama BioNTech pada minggu ini.

Sementara itu, harga emas turut disokong oleh harapan pasaran terhadap pakej rangsangan AS walaupun selepas Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin menamatkan program bantuan pinjaman kepada Federal Reserve (Fed) pada akhir tahun ini.

Hal ini kerana, beberapa sekatan baru yang dilaksanakan di Amerika Syarikat telah menimbulkan spekulasi bahawa Fed akan melonggarkan dasar monetari lebih jauh.

Sementara itu, Mnuchin juga memberi jaminan bahawa Fed dan Perbendaharaan masih mempunyai banyak alat dasar untuk menyokong ekonomi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat