Molek! Bursa Melantun Sedikit Pada Akhir Minggu Ini

140

Pada jam 9.00 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.51 mata pada 1,602.48 daripada penutupan Khamis pada 1,598.97.

Indeks dibuka lemah 2.34 mata pada 1,596.63, namun melantun kemudiannya.

Ia dibuka melantun dari kerugian semalam hasil menjejaki prestasi ekuiti global, perkembangan terbaharu krisis Rusia-Ukraine sementara pelabur sedang berjaga-jaga mengenai kemungkinan sekatan minyak terhadap Rusia.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung mengatasi rugi dengan 213 berbanding 110, manakala 225 kaunter pula tidak berubah, 1,754 tidak didagangkan dan 44 digantung.

Jumlah perolehan pada 161.55 juta unit bernilai RM113.66 juta.

Menurut Public Investment Bank Bhd, saham Wall Street naik dan bon kerajaan kekal di bawah tekanan apabila Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden bertemu pemimpin NATO dan G7 bagi membincangkan tindakan sesulan terhadap pencerobohan Rusia.

Tambahnya, kedua-dua pihak dikatakan telah menjalin perjanjian untuk meningkatkan persediaan bagi potensi ancaman senjata kimia dan nuklear Rusia.

Selain itu, pelabur dilihat masih menunggu maklum balas pemimpin Kesatuan Eropah (EU) mengenai kemungkinan menyekat import bahan api fosil Rusia.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) kekal pada RM8.98, Public Bank Bhd naik 1 sen pada RM4.66, Petronas Chemicals Group Bhd capai 4 sen pada RM9.66 dan IHH Healthcare Bhd serta CIMB Group Holdings Bhd canak 5 sen pada RM6.59 dan RM5.32.

Saham aktif memperlihatkan Dagang NeXchange Bhd (DNeX) naik 2 sen pada RM1.06, Opcom Holdings Bhd tambah 2.5 sen pada 82 sen sementara Velesto Energy Bhd and CSH Alliance Bhd hilang 0.5 sen pada 10.5 sen dan 14 sen manakala Eduspec Holdings Bhd kekal two sen.

Di papan indeks, FBM 70 meningkat 80.32 mata pada 13,781.74, indeks FBM Emas Index menambah 33.76 mata pada 11,444.52, indeks FBM Emas Shariah mencanak 60.75 mata pada 12,065.18, indeks FBMT 100 mencapai 33.83 mata pada 11,133.21 dan FBM ACE melonjak 39.35 mata pada 5,631.54.

Segi sektor, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan mengumpul 0.84 mata pada 205.32, indeks Perladangan mengukuh 13.83 mata pada 8,048.69 dan indeks Perkhidmatan Kewangan menghilang 22.83 mata pada 16,755.36.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat