Musim Pelaporan Kewangan Makin Hampir, Tiga Sektor Jadi Perhatian

2,707

Bursa Malaysia dibuka tinggi, didorong oleh kegiatan membeli saham murah meskipun sesi urus niaga semalaman Wall Street mempamerkan prestasi lemah.

Pada pukul 9.03 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.82 mata kepada 1,581.66 daripada 1,575.84 ketika ditutup petang Khamis.

Bernama melaporkan, indeks utama dibuka pagi ini lebih tinggi sebanyak 4.34 mata kepada 1,580.18.

Di pasaran secara meluas, kaunter untung mengatasi rugi dengan 257 berbalas 215 manakala 306 kaunter tidak berubah, 1,398 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 516.42 juta unit bernilai RM185.68 juta.

Sementara di Wall Street, indeks S&P 500 susut 0.44%, Dow Jones turun 0.38% dan Nasdaq merosot 0.72%.

Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota penyelidikannya berkata, peniaga mungkin mengambil keuntungan daripada kaunter minyak dan gas selepas kenaikan baru-baru ini.

“Kami juga merasakan peserta pasaran akan mengambil bahagian dalam saham berkaitan pengguna, perladangan dan perabot menjelang musim pelaporan tahun kewangan masing-masing minggu depan,” ujar firma berkenaan.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik satu sen kepada RM7.94, Public Bank meningkat dua sen kepada RM4.13, Top Glove menambah tiga sen kepada RM6.10 sementara PChem dan Tenaga masing-masing tidak berubah pada RM7.47 dan RM9.85.

Kaunter paling cergas, Dagang Nexchange naik 2.5 sen kepada 79.5 sen, Pegasus setengah sen lebih tinggi pada tiga sen sementara Sapura Energy dan Lambo masing-masing tidak berubah pada 15.5 sen dan 2.5 sen.

Dalam pada itu, Velesto Energy turun setengah sen kepada 17.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 28.66 mata kepada 11,598.62, Indeks FBMT 100 meningkat 36.4 mata kepada 11,284.11 dan Indeks FBM Emas Syariah 40.48 mata lebih tinggi pada 13,096.81.

FBM 70 menambah 29.56 mata kepada 15,260.56 dan FBM ACE meningkat 88.39 mata kepada 11,176.35.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 14.24 mata kepada 14,788.88 sementara Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.2 mata kepada 181.25 dan Indeks Perladangan naik 15.95 mata kepada 7,191.83.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat