MYAirlines Sedia Cabar AirAsia Sebagai Penebangan Kos Rendah Terbaik Malaysia!

505

‘Mantap! Lebih banyak pilihan penerbangan kos rendah lepas ni.’

Tahun depan Capital A bakal menerima pesaing baru dalam perniagaan penerbangan tambang rendah tempatan apabila MYAirlines dijangka memulakan operasi komersialnya secara rasmi menjelang akhir tahun ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MYAlirlines, Rayner Teo berkata syarikatnya bersedia untuk menampung permintaan penerbangan tambang rendah yang semakin meningkat selepas sekatan Covid dilonggarkan.

Turut digariskan beliau bahawa MYAirlines mempromosikan dirinya sebagai syarikat penerbangan kos ultra rendah (ultra low cost) yang akan menawarkan tiket lebih murah, sokongan pelanggan lebih baik dan penerbangan menepati masa.

Sebagai pengetahuan, MYAirlines telah menerima lesen beroperasi dari Suruhanjya Penerbangan Malaysia dengan mengendalikan sebanyak 3 AirBus A320s terpakai pada 2021 lalu.

Antara individu penting dalam syarikat adalah Teo yang berkhidmat selama 14 tahun bersama AirAsia, Kathleen Tan sebagai Penasihat Eksekutif yang berpengalaman 13 tahun dengan AirAsia dan Pengurus Kabin Izwan Razak yang berpengalaman 17 tahun.

Mencerap pelan syarikat dalam bersaing dengan AirAsia, Teo tidak merancang untuk mengambil semua bekas pekerja Tony Fernandes tetapi hanya akan merekrut sesiapa yang memerlukan pekerjaan selepas diberhentikan ekoran Covid.

Beliau juga merancang untuk menambah lagi 50 pesawat AirBus dalam tempoh 3 ke 5 tahun lagi bagi bersaing dengan bekas majikannya Tony Fernandes.

Dalam pada itu, Teo mengatakan mereka mampu menawarkan penerbangan lebih rendah berdasarkan struktur kos mereka selain sudah memeterai penawaran yang akan memberi kelebihan kepada syarikat.

Di sisi berbeza, kenyataan dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia menyaksikan MYAirlines mempunyai 2 juta saham pada RM1 setiap satu untuk membawa jumlah modal berbayar pada RM2 juta.

Selain itu, firma Zillion Wealth dan Trillion Cove Holdings yang dimiliki oleh ahli perniagaan Goh Hwan Hue mempunyai kepentingan sebanyak 88% dan 10% sementara Teo memiliki 2%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat