Nantikan! Dokumentari ‘Bitcoin Heist’ 120K Bitcoin Bakal Ditayang Di Netflix!

603

Pada awal-awal fasa perkembangan mata wang kripto, pasaran kripto acap kali dikejutkan dengan berita-berita penggodaman dan jenayah. Salah satu penggodaman Bitcoin yang paling terkenal berlaku pada tahun 2016 apabila seseorang mencuri kira-kira 120,000 BTC daripada salah satu pertukaran mata wang kripto terbesar – Bitfinex.

Namun sekarang apabila episod itu telah hampir sampai ke penghujung dengan tertangkapnya sepasang pasangan yang telah terlibat dalam jenayah tersebut, Netflix berhasrat membawanya ke layar mereka sebagai dokumentari.

Pada tahun 2016 dikira pada ambang fasa awal kripto yang mula mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Namun berita Bitfinex digodam telah menjadi episod ngeri untuk banyak pihak apabila sebanyak 119.756 BTC dicuri daripada platformnya. Pada masa itu, jumlah itu bernilai kira-kira $66 juta.

Walaupun penggodaman Mt. Gox secara berkadar lebih besar, ia kekal terpahat sebagai salah satu jenayah kewangan paling serius dalam sejarah moden, memandangkan kenaikan mendadak harga BTC setakat ini. Jika mengikut nilaian hari ini, 120 ribu BTC bersamaan $5 bilion.

Pada minggu lalu, telah tersebar laporan seperti yang turut disiarkan di Intraday, pihak berkuasa Amerika Syarikat telah menangkap pasangan Ilya Lichtenstein (34) dan Heather Morgan (31). atas pertuduhan berkomplot untuk mencuci 119,754 BTC melalui lebih 20,000 transaksi tanpa kebenaran daripada Bitfinex. Tuduhan itu adalah berkisar penggodaman namun cubaan mencuci wang yang dicuri melaluinya.

Perkara ini telah menarik perhatian Netflix untuk menyiarkan dokumentari berkenaan ini di penstriman mereka. Dokumentari itu ditetapkan untuk diarahkan dan diterbitkan oleh Chris Smith dan Nick Bilton.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat