News Impak Tinggi Tumpuan Pasaran Minggu Ini (23 – 27 Oktober)

81

US dolar mengukuh berbanding matawang-matawang utama yang lain pada Jumaat berikutan harapan yang semakin tinggi terhadap reformasi percukaian selepas Senat US meluluskan cadangan bajet kerajaan. Hal ini juga membolehkan perubahan cukai tanpa sokongan daripada Demokratik.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain merekod kenaikan tiga dalam lima hari minggu lepas. Indeks kini berada di sekitar  93.65 setakat pukul 2.34 petang pada Isnin selepas naik dari paras terendah Jumaat pada 93.00.

Indeks US dolar mengakhiri minggu lalu dengan naik sehingga 0.69% yang merupakan kenaikan kelima daripada tujuh minggu yang lalu.

Kelulusan Senat terhadap cadangan bajet untuk tahun 2018 menaikkan semula jangkaan terhadap pemotongan cukai tidak lama lagi.

US Dolar sejak daripada Khamis lalu disokong oleh kenaikan hasil-bon 10 tahun US yang mana kadar faedah jangka panjang itu hampir mencapai paras 2.40% pada Jumaat berikutan pelabur melihat perkembangan positif dalam polisi fiskal dijangka akan menolak inflasi lebih tinggi.

Pelabur menjangka polisi fiskal akan menolak inflasi lebih tinggi, seterusnya akan menambah tekanan kepada The Fed untuk menaikkan kadar faedah. Terma untuk perkara ini adalah “Trumpflation”.

“Kita melihat sentimen Trumpflation kembali semula ke pasaran, tetapi kita masih bimbang untuk membeli US dolar hanya kerana perkara ini dan kita perlu lebih jelas dengan situasi semasa. Namun, kami jangka pengukuhan dolar pada suku terakhir tahun ini, kata Thu Lan Nguyen forex strategist di Commerzbank Frankfurt.

1. Data ekonomi dan Event tumpuan dari Amerika Syarikat (US Dolar)

Kalendar ekonomi US minggu ini akan bertumpu kepada data-data ekonomi Amerika Syarikat di mana tiada sebarang ucapan ahli The Fed. Ahli The Fed tidak akan membuat sebarang ucapan seminggu sebelum penetapan kadar faedah bank pusat. Federal Reserve akan bermesyuarat minggu hadapan.

Antara tumpuan minggu ini adalah perkembangan dalam polisi fiskal Amerika Syarikat dan juga pengumuman Presiden Trump tentang pengerusi The Fed yang baru. Selian daripada itu, beriku merupakan data yang perlu kita beri perhatian minggu ini:

  • Core Durable goods orders (Rabu,8.30 pm)
  • Unemployment claims (Khamis,8.30 pm)
  • Advance GDP q/q (Jumaat, 8.30 pm)
2. Data ekonomi dan Event tumpuan dari Zon Eropah (Euro)

Tumpuan untuk matawang Euro minggu ini terarah kepada polisi monetari ECB. ECB akan mengumumkan polisi monetari pada Khamis 7.45 malam. Mesyuarat kali ini sangat penting untuk diikuti kerana bank pusat dijangka akan mengumumkan pengurangan pembelian bon (tapering).

Pasaran juga perlu melihat data aktiviti ekonomi yang ditunjukkan oleh data PMI sama ada pertumbuhan semakin meningkat di Zon Eropah.

  • Flash manufacturing PMI (Selasa, 4.00 pm)
  • Flash services PMI (Selasa, 4.00 pm)
  • Minimum bid rate (Khamis, 7.45 pm)
  • ECB Press Conference (Khamis, 8.30 pm)
3. Data ekonomi dan Event tumpuan dari United Kingdom (GBP)

Matawang sterling tertekan pada awal minggu lalu yang disebabkan oleh komen dovish ahli-ahli Bank of England, namun GBP berjaya mengukuh semula selepas perkembangan terbaru Brexit menunjukkan situasi yang semakin positif. Juncker (Presiden European Commission) sendiri mengatakan pada perhimpunan European Union bahawa beliau tidak akan membiarkan Britain tidak mendapat sebarang perjanjian. Ini sudah tentu melegakan pasaran Britain terutamanya di London yang terletaknya pusat kewangan dunia.

Tidak banyak data ekonomi UK yang akan dikeluarkan minggu ini. Hanya ada satu data iaitu pertumbuhan ekonomi suku ketiga pada Rabu 4.30 pm.

Bagi UK, pasaran akan memberi tumpuan kepada perkembangan rundingan Brexit dan apa retorik terbaru yang menyelubungi rundingan ini terutama sekali dari pihak Eropah.

4. Data ekonomi dan Event tumpuan dari Kanada (CAD)

Untuk matawang dolar Kanada (CAD) tumpuan akan terus kepada penetapan polisi monetari Bank of Canada pada Rabu. Sebelum ini bank pusat menaikkan kadar faedah sebanyak dua kali berturut-turut pada Julai dan September. Pasaran tidak menjangka bank pusat menaikkan kadar faedah dalam mesyuarat kali ini.

Pasaran akan lebih menumpukan kepada perancangan pengetatan polisi bank pusat di masa akan datang, khususnya berapa pantas untuk BoC mahu menaikkan kadar selepas ini.

  • BoC monetary report (Rabu, 10 pm)
  • BoC rate statement (Rabu, 10 pm)
  • Overnight rate (Rabu, 10 pm)
  • BoC Press Conference (11.15 pm)
5. Data ekonomi dan Event tumpuan yang lain

Tidak banyak data ekonomi yang akan dikeluarkan daripada negara ekonomi matawang utama yang lain (Jepun, China, Australia, New Zealand dan Switzerland).

Kemenangan Perdana Menteri Shinzo Abe dalam pilihan raya telah memberi kesan kepada penyusutan matawang Yen. Yen menyusut ke paras terendah sejak Julai pagi tadi semasa pembukaan pasaran Asia.

Para pelabur beranggapan kemenangan Abe ini akan memberi ruang kepada Bank Pusat Jepun (BOJ) untuk meneruskan pelonggaran polisi monetari (easing policy monetary) mereka yang menyebabkan hasil bon jatuh mendadak termasuk nilai matawang yen.

Pasaran juga akan meneliti perkembangan terbaru polisi di New Zealand dengan pemain pasaran ketika ini melihat ketidaktentuan polisi di negara itu.

Berikut merupakan data ekonomi yang perlu diberi perhatian daripada negara-negara ini:

  • CPI q/q (Rabu, 8.30 pm)
  • Trimmed mean CPI q/q (Rabu, 8.30 pm)
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat