News & Sentimen Eur/Usd Minggu Ini (20-24 Februari)

44

Eur/Usd didagang dalam keadaan volatile (turun-naik) minggu lalu dengan penurunan pada awal minggu dipadam oleh kenaikan pada Rabu dan Khamis. Sepanjang minggu tersebut Eur/Usd hanya mengalami kejatuhan bersih sebanyak 17 pip.

Pasangan Eur/Usd dilihat melemah sehingga Rabu berikutan pembentangan leporan ekonomi oleh Janet Yellen pasa Selasa di hadapan Kongres Amerika Syarikat dengan penguatan US dolar dapat dilihat berbanding kesemua matawang utama dunia. Selain itu, tidak lupa juga sumbangan data-data positif dari US sepanjang minggu lalu.

Dalam kenyataan bertulis Janet Yellen kepada Senat, pengerusi ‘Federal Reserve‘ Janet Yellen menyatakan kenaikan kadar faedah adalah perlu dalam mesyuarat FOMC (Federal Open Market Committee) akan datang, jika ekonomi akan terus berada pada landasannya.

Dalam mesyuarat akan datang, FOMC juga akan menilai sama ada pekerjaan dan inflasi terus berkembang sejajar dengan jangkaan mereka. Sekali lagi beliau mengatakan bahawa menunggu terlalu lama untuk menaikkan kadar adalah tidak cerdik, kerana ada risiko lain menanti.

Dari segi data petunjuk ekonomi, secara keseluruhan ekonomi US berada dalam keadaan yang semakin baik dengan data-data yang lebih baik dari jangkaan. Pada Selasa, harga pengeluar (PPI) merekodkan kenaikan 0.6% lebih dari jangkaan 0.3%.

Rabu pula ada beberapa data yang lebih penting dari harga pengeluar (PPI), iaitu harga pengguna (CPI) jualan runcit (retail sales) yang kedua-duanya juga melebihi dari jangkaan pasaran. Data pada hari tersebut sahaja telah menyebabkan Eur/Usd jatuh hampir 90 pip ke paras 1.0520.

Walaubagaimanapun, Eur/Usd gagal mengekalkan momentum penurunan tersebut selepas data ‘pengeluaran industri’ yang dikeluarkan lewat Rabu mencatatkan penurunan 0.3% dengan ‘penggunaan kapasiti’ jatuh kepada 75.3%.

Minggu ini, Federal Reserve akan mengeluarkan minit mesyuarat FOMC baru-baru ini yang akan memperlihatkan pandagan ahli-ahli sama ada ‘Hawkish‘ seperti pengerusi atau sebaliknya. Pasaran akan terus mendapatkan isyarat-isyarat yang lebih jelas dari minit ini, walaupun telah mendapat banyak isyarat dalam pembentangan Yellen kepada Kongres minggu lalu.

Tidak banyak data ‘impak tinggi’ yang akan dikeluarkan minggu ini dari US mahupun Eropah. Pasaran akan terus memberi tumpuan kepada faktor geo-politik di kedua-dua wilayah ini dengan tindakan-tindakan terbaru dari Trump dan juga perkembangan pilihanraya di beberapa negara besar Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat