OIL Analisa Fundamental Harian 27 Mei 2016

40

Harga minyak yang terus memacu naik sepanjang sesi Asia dan Eropah, kembali jatuh merudum sepanjang sesi Amerika, untuk menutup lebih rendah dari pembukaan; setelah pasaran dipenuhi kebimbangan tentang lebihan bekalan global selepas banyak syarikat minyak diberitakan akan kembali beroperasi sekiranya harga minyak terus berada di atas paras $50 setong.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Julai memacu naik ke paras tertinggi harian sekitar $50.20 setong, sebelum susut semula untuk menutup lebih rendah sekitar $49.35, yang lebih rendah dari pembukaan sekitar $49.67 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran Julai memacu naik ke paras tertinggi harian sekitar $50.50 setong, sebelum susut semula untuk menutup lebih rendah sekitar $49.45, yang lebih rendah dari pembukaan sekitar $49.72 setong.

Dua tahun yang lalu, ketika harga berada di atas paras $70 setong, syarikat minyak tidak menghadapi masalah dalam mendapatkan pinjaman dan tunai dalam meneruskan operasi carigali dan membuat pelaburan baru.  Ketika ini, selepas harga minyak merudum, banyak syarikat minyak, terutamanya pengeluar minyak syal terpaksa gulung tikar ekoran keuntungan yang kurang kerana kejatuhan harga.

Dengan krisis terbaru gangguan bekalan ekoran kebakaran di wilayah pengeluar Alberta, Kanada dan krisis geopolitik di Nigeria dan Venezuela, harga minyak telah kembali memacu naik, walaupun rundingan kerjasama OPEC bersama pengeluar bukan OPEC gagal pada bulan lepas.  Penganalisis, melihat kenaikan harga bukanlah atas sebab pertumbuhan ekonomi tetapi sentimen bekalan yang mungkin terganggu atas sebab geo-politik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat