OIL Analisa Fundamental Harian 9 Feb 2016

38

moshedfx-forex-malaysia-oil-017

Minyak mentah terus jatuh Isnin semalam dan pasaran China keluar bercuti untuk Tahun Baru minggu ini. Laporan pelantar penggerudian minyak AS dilaporkan susut selama minggu ketujuh berturut-turut, dengan kejatuhan sebanyak 31 buah, menjadikan jumlah terkumpul kepada 467 buah. Jumlah kiraan pelantar aktif, termasuk pelantar gas asli, kurang 48 buah, menjadikan jumlah terkumpul kepada 571 buah. Berbanding dengan tahun lepas, jumlah kiraan pelantar AS adalah sebanyak 885, dengan pelantar minyak sebanyak 673.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Mac jatuh lebih $1.80 setong, untuk ke paras terendah harian sekitar $29.55, sebelum menutup sekitar paras $30.20 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran April jatuh lebih $1.85 setong, untuk ke paras terendah harian sekitar $32.80, sebelum menutup sekitar paras $33.20 setong.

[adrotate group=”6″]

Harga minyak yang rendah akan berterusan untuk lebih lama daripada yang dijangkakan sebelum ini, menurut Morgan Stanley, yang mengurangkan ramalan harga minyak suku tahunan bagi tahun ini sebanyak 51%. Morgan Stanley kini melihat minyak kebanyakannya akan jatuh sepanjang 2016, berbanding dengan pandangan sebelum ini, yang melihat harga meningkat pada setiap suku, menurut penganalisis termasuk Adam Longson, dalam laporan tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat