Pancit Awal, Baru Je Sehari Aset Berisiko Jadi Macam Ini Balik

162

Pasaran ekuiti global kembali menyederhana dari rali semalam dengan pelabur cuba mencerna data terbaru dan komen Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell berkenaan prospek memperlahankan tempoh kenaikan kadar faedah bank pusat.

Bacaan data aktiviti pembuatan PMI tinjauan ISM yang menurun kepada 49.0 mata dari catatan 50.2 mata sebelumnya, menandakan penguncupan pertama dalam tempoh 2 setengah tahun, sedikit memalapkan selera berisiko pelabur.

Ditambah dengan indeks harga perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) yang meningkat 6% namun susut 6.3% semasa September, menguatkan lagi jangkaan kenaikan kadar yang perlahan oleh Fed pada mesyuarat polisi Disember ini.

Ulas Garrett Melson dari Natixis Investment Managers Solutions bahawa pelabur dalam fasa ‘limbo’ dan sedang cuba mencerna serta menantikan data pekerjaan pada hari esok.

Tambahnya, kecenderungan pasaran masih lagi ke arah bearish dengan pelabur dijangka tidak mahu ambil risiko dan komen Powell semalam mungkin hanya ‘plaster’ kepada kebimbangan inflasi untuk sementara.

Rentetan itu, Dow Jones Industrial Average jatuh 0.56% pada 34,395.01 sementara S&P 500 hilang 0.09% pada 4,076.57 dan the Nasdaq Composite tambah 0.13% pada 11,482.45.

Tolok MSCI saham seluruh dunia canak 0.79% sementara saham pasaran membangun lonjak 0.63%.

Di Asia pagi ini pula Nikkei 225 Jepun turun 1.48%, Topix susut 1.6%, Kospi Korea Selatan junam 0.91% dan S&P/ASX 200 Australia jatuh 0.67%.

Dalam pada itu, indeks dolar susut ke paras terendah sejak Ogos tatkala Perbendaharaan junam sebaik Powell mengeluarkan komen semalam.

Greenback turun 1.002% selepas mececah paras terendah sejak 11 Ogos dengan Euro naik 1.12% pada $1.0522 sementara Yen Jepun canak 2.03% pada ¥135.29 dan Sterling raih 1.56% pada $1.2244.

Penanda aras nota 10 tahun turun 19.4 mata pada 3.507% dari 3.701%, bon 30 tahun jatuh 21.9 mata pada 3.6039% dari 3.823% dan nota 2 tahun susut 13.2 mata pada 4.2399% dari 4.372%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat