Parah! EUR/USD Menjunam Susulan Keputusan Mengejut Trump!

592

Pasaran menyaksikan harga menjunam pada carta bagi pasangan matawang EUR/USD awal pagi ini di sesi New York yang melihatkan US dolar kembali mengukuh semula.

Situasi tersebut adalah disebabkan oleh kenyataan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang membuat keputusan untuk menghentikan perbincangan berkenaan pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi AS setelah kembali semula ke White House.

Keputusan tersebut telah kembali mencetuskan sentimen berisiko pasaran dengan pasaran saham dilihat mengalami penyusutan semula.

Sebelum ini, US dolar dijangkakan bakal melemah dengan keyakinan terhadap perbincangan pakej rangsangan akan menghasilkan keputusan yang positif pada minggu dengan melihatkan US dolar menyusut ketara di awal minggu.

Pada carta EUR/USD, harga telah melonjak pada Isnin sebelum dagangan pada Selasa semalam melihatkan harga mendatar menguji zon resistance 1.18000 sebelum harga kembali paparkan penurunan semula.

Penurunan sehingga melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan 1 jam harga mula memberikan isyarat awal perubahan trend bearish.

Sementara matawang Euro juga sedang berisiko berikutan kebimbangan Presiden ECB, Christine Lagarde terhadap pemulihan ekonomi Eropah, harga bakal didorong ke paras lebih rendah dengan pengukuhan US dolar yang berterusan.

Penurunan dijangkakan menuju ke zon RBS (resistance become support) pada sekitar 1.16800 sebelum penurunan lebih rendah dilihat akan ke zon support 1.16100.

Namun jika sentimen pasaran kembali berubah, harga yang kembali membuat kenaikan akan menguji semula resistance 1.18000 sebelum meneruskan kenaikan lebih tinggi.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat