Pasaran Emas Semakin Pulih, Semakin Jauh Daripada Paras Terendah Sesi Lalu

55

Harga emas meningkat pada sesi Asia hari Khamis, didorong sentimen yang semakin pulih akibat kelemahan dolar dan permintaan fizikal emas yang meningkat.

Pasaran hadapan emas bagi bulan Disember di Comex NYMEX naik 0.18% kepada $1,281.32 per auns pada jam 10.41 pagi.

Semalam harga emas tidak menunjukkan perubahan ketara berikutan dolar ditekan walaupun mengeluarkan laporan ekonomi yang lebih baik daripada jangkaan yang mengukuhkan lagi unjuran ekonomi US di masa hadapan.

Data bullish daripada tempahan barangan tahan lama dan juga perumahan gagal memulihkan sentimen dolar yang terus ditekan oleh matawang Euro dan Pound, meningkat permintaan fizikal emas dan menolak harga keluar daripada paras terendah selepas logam berharga ini jatuh tiga hari berturut-turut.

Jabatan Perdagangan US melaporkan barangan bukan ketenteraan tidak termasuk kapal terbang yang menjadi proksi kepada pelan perbelanjaan perniagaan naik 1.3% pada bulan September, melebihi jangkaan penganalisis yang meramal peningkatan 1.0%.

Selain itu, jualan rumah baru turut meningkat 18.9% pada bulan September dengan unjuran tahun ke tahun naik ke paras 667,000 unit. Angka ini jauh daripada jangkaan pasaran yang melihat penurunan -0.9% kepada 555,000 unit rumah.

Walaupun harga emas pulih daripada paras terendah sesi lalu, namun masih ditekan dengan spekulasi bahawa ahli ekonomi daripada Universiti Standford, John Taylor yang lebih hawkish bakal mengambil alih jawatan pengerusi Fed pada tahun depan.

Emas sensitif dengan pergerakan dolar. Dolar yang lemah menyebabkan emas lebih mudah untuk dimiliki oleh pemilik matawang asing yang lain kerana harga yang rendah.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat