Pasaran Eropah: Harga Emas Terus Meningkat, Ulasan Dudley Jadi Tumpuan

65

Harga emas meneruskan kenaikan pada pasaran Eropah petang ini, selepas jatuh 3 hari berturut-turut sejak Jumaat minggu lepas berikutan tekanan geopolitik antara Amerika dan Korea Utara.

Harga emas Comex meningkat ke paras tertinggi minggu ini sebanyak $5.40 atau 0.42% kepada $1,284.75 per ounce setakat jam 4.20 petang.

Logam berharga ini melonjak tinggi semalam apabila para pelabur mula membeli emas yang dinilai sebagai safe haven berikutan kenyataan balas Korea Utara kepada Trump bahawa Pyongyang sedang meneliti pelan mereka untuk menyerang wilayah Amerika Pasifik di Guam.

Kenyataan ini dikeluarkan beberapa jam selepas Presiden Amerika, Donald Trump memberi amaran kepada Korea Utara, jika terdapat sebarang ancaman kepada US, bersedia untuk bertemu “api dan kemarahan”.

Selain itu, para pelabur juga menantikan laporan data-data ekonomi US  bagi mencari tanda-tanda dan kesannya terhadap pandangan monetari polisi Federal Reserve akan datang.

Laporan indeks pengeluar dan tuntutan pengangguran mingguan malam jam 8.30 malam  serta ulasan daripada Presiden Fed cawangan New York, William Dudley pada jam 10 malam akan menjadi tumpuan hari ini.

Ulasan Dudley malam ini akan menjelaskan lagi pandangan the Fed tentang kelemahan inflasi US, adakah bersifat sementara atau akan berlarutan dalam jangka masa yang panjang.

Selain daripada keadaan Amerika yang tidak stabil, peningkatan permintaan emas turut disokong oleh jangkaan bank pusat untuk menaikkan kadar faedah untuk kali ketiga yang semakin lemah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat