Pasaran Forex Hari Ini Dihiasi Dengan Data-Data Ekonomi Di Australia Dan Zon Eropah, GBP Pula Masih Dibelenggu Krisis Brexit.

734

Matawang Euro bergerak tinggi pada hari ini berbanding AS Dolar memandangkan indeks pengurus pembelian (PMI) di Perancis dan Jerman memberi isyarat bahawa ekonomi zon Eropah mungkin akan keluar daripada fasa kelembapan pada akhir 2018.

Namun sektor perkilangan zon Eropah mengeluarkan angka yang menguncup kepada 49.2 daripada 50.5 daripada sebelum ini sementara perkhidmatan PMI melonjak ke puncak 3 bulan 52.3 berbanding 51.4 sebelumnya.

Menurut Chris Williamson, Ketua Ekonomi Perniagaan di IHS Markit, beliau mengungkapkan bahawa ekonomi zon Eropah masih lagi tidak stabil pada bulan Februari dengan flash PMI hanya meningkat sedikit sahaja sekaligus menunjukkan ini merupakan kadar perkembangan yang terendah sejak 2014.

Terbaru, matawang GBP jatuh menjunam selepas salah seorang pegawai UK berkata bahawa untuk mendapatkan perjanjian Brexit pada minggu depan tidak mungkin terjadi. Walaupun kedua-dua pihak sedang berusaha untuk mencapai progres yang terbaik namun masih banyak lagi masalah yang perlu diselesaikan khususnya kepada sempadan Ireland.

Berbalik pada sesi Asia pula, AUD merupakan matawang yang paling banyak bergerak dengan bias menurun setelah laporan Westpac berkenaan unjuran bank pusat Australia yang dijangka bakal menurunkan kadar faedah untuk tahun ini. Kejutan buat pasaran tidak berakhir di situ. Menjelang pembukaan sesi pasaran Eropah, pergerakan volatile harga sekali lagi melibatkan dagangan Aussie.

Ini adalah disebabkan laporan berkenaan isu perdagangan melibatkan Australia dan China. China dilaporkan telah menyekat import arang batu dari Australia ke pelabuhan Dalian China. Sekatan untuk tahun 2019 tersebut melibatkan sejumlah 12 juta tan arang batu Australia namun pelaksanaan sekatan tersebut tidak terkesan kepada import arang batu dari Rusia dan Indonesia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat