Pasaran Komoditi Terus Tertekan Disebabkan Peningkatan Nilai US Dolar

517

Emas terus membuat kejatuhan pada Rabu berikutan pengukuhan matawang US dollar yang dipacu oleh pasaran bon di Amerika Syarikat. Harga emas di Comex jatuh 0.86% setakat ini ke paras $1,321.50 per ounce.

Harga emas dinilai dalam US dollar dan menjadi semakin mahal apabila nilai US dollar meningkat. Hal ini kerana pemegang matawang lain memerlukan wang yang lebih banyak untuk membeli emas apabila nilai US dollar meningkat. Disebabkan itu, apabila US dollar menguat seringkali harga emas jatuh disebabkan permintaan yang semakin berkurangan.

Hasil Bon 10-tahun kerajaan AS (US 10-year Treasury Yields) setakat ini merekod kenaikan 1.12% dengan kadar melepasi 3% di paras 3.017% setakat pada pukul 10.59 malam.

Logam berharga sering menjadi pilihan pelabur ketika pasaran berisiko sebagai salah satu pilihan penyimpan nilai kekayaan. Begitu juga apabila pasaran optimis seringkali harga komoditi berharga membuat penurunan.

Selain daripada kejatuhan emas, perak juga membuat penurunan dengan platinum dan kuprum turut jatuh.

Harga minyak mentah membuat penurunan pada Selasa sehinggalah pada awal sesi AS pada hari ini. Harga minyak Brent ketika ini berada di sekitar $72.62 setong, manakala minyak WTI berada di sekitar $67.49 setong.

Kejatuhan harga minyak mentah disebabkan peningkatan inventori di Amerika Syarikat di mana data EIA (Energy Information Administration) merekodkan peningkatan 2.17 juta tong pada minggu lalu. Pasaran pada awalnya hanya menjangka kenaikan yang lebih rendah iaitu 1.6 juta tong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat