Pasaran Mula Bergejolak, Varian Omicron Semakin Membimbangkan!

1,700

US dolar berada pada tahap berjaga-jaga berbanding beberapa matawang utama pada hari ini berikutan kebimbangan dalam kalangan pelabur terhadap penularan varian Omicron yang sedang merebak pantas di Amerika Syarikat dengan telah mencatat kes pertama. Dalam masa yang sama pasaran juga menzahirkan kekhuatiran terhadap langkah yang bakal diambil oleh The Fed untuk mengurangkan pembelian bon.

Indeks US dolar yang mengukur US dolar berbanding matawang utama telah catat kerugian walaupun menjelang bacaan NFP bulan November pada hari Jumaat.

Menurut penganalisis kewangan Simon Harvey bahawa terdapat kemungkinan bahawa ekonomi Amerika Syarikat, A.S untuk catat pertambahan pekerjaan yang besar dan ia dapat mendorong US dolar didagangkan dengan lebih kukuh. Walaubagaimanapun, kesan bacaan NFP berkemungkinan terhada menjelang tapering bulan Disember dan kebimbangan Omicron.

Amerika Syarikat yang merekodkan kes pertama varian Omicron pada hari Rabu telah mula memberi kesan pada pasaran. Amerika Syarikat dan Jerman bersama negara di seluruh dunia merancang mengenakan sekatan Covid-19 yang lebih ketat.

Indeks US dolar didagangkan rendah sebelum pembukaan pasaran sebelum didagangkan mendatar pada paras 96.015 berbading matawang utama.

US dolar mula susut daripada paras tertinggi 16 bulan pada paras 96.938 selepas berita mengenai Omicron mula muncul.

Dalam masa yang sama pergerkan US dolar juga terkesan dengan data tututan awal faedah pengangguran negeri yang meningkat 28,000 kepada 222,000 bagi minggu yang berakhir 27 November. Namun angka ini kurang dari ramalan penganalisis.

Penganalisis berpendapat matawang euro masih digemari oleh pasaran pada ketika ini namun begitu segelintir penganalisis berpendapat bahawa matawang euro cederung lemah berikutan asas ekonomi dan kadar faedah yang lemah.

Pemain pasaran sedang menantikan lebih banyak kejelasan mengenai seberapa cepat the Fed akan mengurangkan pembelian asetnya. Pengerusi Fed Jerome Powell mengulangi dalam keterangan kepada Kongres pada hari Rabu bahawa beliau dan rakan penggubal dasar akan mempertimbangkan tindakan yang lebih pantas pada mesyuarat 14-15 Dis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat