Pasaran ‘Resah’ ECB Akan Terus Ikut Langkah The Fed, Ini Respon Penting Lagarde!

126

Presiden ECB Christine Lagarde telah tampil pada hari dengan memberi kemaskini terhadap pandangan beliau yang terkini. Menurut beliau, Bank Pusat Eropah mesti memberi perhatian kepada Rizab Persekutuan AS, yang mempengaruhi pasaran global, namun memberi amaran bahawa ECB tidak boleh hanya mencerminkan langkah dasarnya.

The Fed menaikkan kadar faedah utamanya sebanyak 75 mata asas lagi pada hari ini dan pengerusi Jerome Powell berkata perjuangan menentang inflasi akan memerlukan kos pinjaman yang kekal meningkat lebih tinggi daripada yang dijangkakan sebelum ini. Hal ini menyebabkan pelabur menaikkan jangkaan bahawa kenaikan kadar faedah lebih banyak dari ECB.

Waima begitu, Lagarde berpandangan bahawa ECB tidak boleh meniru Fed kerana keadaan ekonomi berbeza di zon Eropah tidaklah sama. “Kami tidak sama dan kami tidak boleh maju sama ada pada kadar yang sama (atau) di bawah diagnosis yang sama terhadap ekonomi kami.” kata Lagarde.

Lagarde mengakui ECB acapkali dipenegaruhi dengan tindakan Fed melalui pasaran kewangan dan terutamanya situasi kadar pertukaran euro yang susut berbanding dolar AS pada hari Khamis. “Jelas sekali kadar pertukaran adalah penting dan perlu diambil kira dalam unjuran inflasi”, lanjut beliau sambil komitmennya untuk menurunkan inflasi kepada sasaran 2% ECB.

Dalam ucapannya individu berbeza iaitu Panetta,ahli ECB berkata zon euro lebih terdedah kepada kelembapan ekonomi global dan harga tenaga yang lebih tinggi berbanding Amerika Syarikat. Apatah lagi pengetatan teh Fed sudah menunjukkan kesan maka ini bermakna ECB perlu berhati-hati.

Secara khusus, beliau berhujah bahawa ECB harus mengelak daripada menaikkan kadar faedah terlalu cepat kerana ia boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi, harga rumah dan pasaran kewangan secara berlebihan.

Gabenor Bank of Italy Visco juga berkata pada hari Khamis ECB tidak sepatutnya dijangka bertindak balas dengan cara yang sama seperti Fed dan menyokong jangkaan pasaran untuk kadar yang lebih rendah di zon euro berbanding di Amerika Syarikat.

Kos pinjaman untuk syarikat dan pengguna zon euro telah mula meningkat daripada paras yang paling rendah.

Kadar faedah yang diminta oleh bank daripada syarikat meningkat sebanyak 55 mata asas pada bulan September, peningkatan bulanan terbesar sejak euro diwujudkan, untuk berada pada 2.41%.Ini adalah yang tertinggi sejak 2015.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat