Pelabur ‘Dahagakan’ Rangsangan Bazooka Oleh China!

408

Saham China melonjak pada awal minggu sebagai tindak balas kepada langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan pada hari Isnin.

Dalam langkah untuk merangsang pasaran ekuiti dan meningkatkan keyakinan pelabur, Beijing telah menurunkan separuh cukai 0.1% ke atas dagangan saham.

Langkah lain yang turut diumumkan termasuk pemotongan nisbah deposit untuk pembiayaan margin serta ikrar oleh Suruhanjaya Kawal Selia Sekuriti China untuk mengurangkan kadar tawaran awam permulaan.

Impaknya, indeks saham utama di Hong Kong dan China meningkat lebih tinggi susulan berita tersebut.

Tindakan itu menunjukkan satu lagi usaha kerajaan untuk meningkatkan pasarannya sedang bergelut dalam menghadapi kebimbangan ekonomi.

Walaupun begitu, China masih mengelak daripada melaksanakan rangsangan yang lebih besar meskipun semakin banyak gesaan untuk berbuat demikian.

Penganalisis dari Nomura berkata langkah-langkah itu tidak mencukupi untuk membendung kejatuhan yang dialami dan ia hanya memberi jangka pendek jika tidak disusuli dengan tindakan bagi menyokong ekonomi sebenar.

Selain itu, pengarah urusan Evercore ISI berkata pemulihan dalam pasaran saham tidak akan berlaku melainkan Beijing menggunakan lebih banyak langkah ‘bazooka’, seperti empat trilion yuan (RM2. 55 trilion) pakej rangsangan yang dilancarkan pada 2008.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat