Pelabur Membisu, GOLD Hilang Arah Tuju!

4,983

Emas didagangkan mendatar pada awal dagangan Selasa, gagal memanfaatkan penyusutan US dolar berbanding pesaing utamanya.

Sesi pasaran Asia melihatkan logam kuning itu berlegar pada sekitar harga $2,017 per auns, manakala niaga hadapan emas pula sedikit susut pada $2,020 per auns.

US dolar berundur dari paras tertinggi lima minggunya pada awal minggu ketika pasaran terus menantikan pemangkin baharu daripada data ekonomi yang bakal diterbitkan.

Namun, logam berharga emas gagal memanfaatkannya dengan kekal didagangkan mendatar berikutan dibataskan oleh hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang lebih kukuh.

Melihat ke hadapan, terbitan data jualan runcit Amerika Syarikat kini menjadi tumpuan pelabur yang dijangka meningkat 0.8% pada bulan April susulan kejatuhan 1.0% sebelum ini.

Pada masa yang sama, pasaran terus mengikuti perkembangan dalam isu siling hutang AS (debt ceiling) terutamanya perjumpaan Presiden Joe Biden dan Speaker Dewan Kevin McCarthy pada hari ini.

Kepada pembaca atau trader Intraday, jangan lupa untuk sertai “Lucky Draw RM3,000” dari SaracenMarkets bulan ini. Untuk info lanjut, boleh whatsapp admin kami. Mana tahu rezeki anda bulan ini. KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat