Pelabur Semakin Berhat-hati, Prospek Ekonomi Amerika Semakin Diragui Selepas Laporan GDP Dikeluarkan!

419

Ekonomi Amerika Syarikat dilaporkan mengalami penguncupan paling besar dalam tempoh waktu 73 tahun pada suku kedua berikutan kesan daripada wabak Covid-19 berdasarkan laporan yang disahkan oleh kerajaan US pada hari Rabu.

Keluaran dalam negara kasar (KDNK) atau Gross Domestic Product (GDP) telah jatuh sebanyak 31.4% setahun pada suku kedua tahun ini. Kejatuhan ini merupakan kejatuhan terbesar sejak tahun 1947, sebagaimana dilaporkan oleh Jabatan Perdagangan dalam laporan anggaran KDNK suku ketiga. Sebelum ini KDK dilaporkan jatuh sebanyak 31.7% pada suku kedua.

Walaubagaimanapun, Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan kukuh sebanyak 0.21% pada kepada paras 94.130 setakat jam 09.00 p.m.

Pengukuhan US dolar ini didorong oleh data positif dalam pasaran buruh, dimana laporan hari ini melaporkan bahawa sektor swasta mencatat peningkatan dalam penambahan pekerjaan pada bulan September namun bantuan kewangan kerajaan telah dikurangkan dan kes positif Covid-19 telah meningkat untuk beberapa bahagian negeri di A.S.

Pembayaran gaji swasta meningkat sebanyak 749,000 pekerjaan pada bulan ini sebagaimana yang dilaporkan dalam laporan ADP.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat