Pembiayaan Pengukuhan PKS Dirangka Hasil Jalinan Kerjasama SME Corp & MIDF

132

SME Corporation Malaysia (SME Corp) kini telah jalin kerjasama dengan Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) bagi menawarkan kemudahan pembiayaan baharu iaitu Pembiayaan Pengukuhan PKS (SMERF).

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, jalinan kerjasama yang terikat adalah untuk menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terkesan akibat pandemik dan juga sektor yang terpinggir.

Skim pembiayaan ini diwujudkan bagi memastikan matlamat kelangsungan perniagaan PKS tercapai dan dalam masa yang masa membantu mereka dalam menguruskan aliran tunai yang lebih baik.

Ia juga dirangka bagi memudahkan PKS untuk berdaya tahan dan terus cekal berusaha melalui peningkatan kebolehan pasaran produk dan kemampanan perniagaan serta penerapan teknologi.

Menurut SME Corp dan MIDF, skim tersebut menawarkan pembiayaan sebanyak RM250,000 atau sehingga 90% daripada jumlah kos yang layak dengan kadar faedah serendah 3%.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Rizal Nainy berkata pembiayaan itu bakal mengurangkan kekangan aliran tunai yang dihadapi PKS yang berdaya maju dalam mengukuhkan dan mencapai matlamat perniagaan.

Manakala, Ketua Divisyen Kewangan Pembangunan MIDF, Azizi Mustafa berkata pihaknya akan menyokong penuh inisiatif dengan menyalurkan bantuan kepada mereka yang terkesan.

Pemohonan SMERF dibuka kepada PKS bermula pada 26 Julai 2021.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat