Pemegang Saham Kedua Terbesar KPower Terpaksa Jual 500,000 Saham?

3,611

Opss, petanda apakah ini? Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba jual?

Grand Deal Vision Sdn Bhd, pemegang saham ke-2 terbesar KPower Bhd terpaksa melupuskan 500,000 saham atau 0.092% kepentingan dalam kumpulan penyelesaian pembinaan dan kejuruteraan melalui penjualan.

Menurut pemfailan Bursa, kumpulan tersebut menjual saham pada harga 35 sen sesaham pada 31 Januari dengan urus niaga itu juga akan mengurangkan kepentingan pengerusi eksekutif KPower dan pengarah urusan kumpulan, Mustakim Mat Nun dan pengarah bukan eksekutif bukan bebas, Sarah Azreen Abdul Samat.

Dalam satu penfailan berasingan, ketua pegawai kewangan KPower, Amirul Afif Abd Aziz telah melupuskan 650,000 saham atau 0.12% kepentingannya dalam kumpulan tersebut.

Data Bloomberg melaporkan Kenanga Investor Bhd merupakan pemegang saham terbesar KPower dengan 16.3% kepentingan kemudian Grand Deal Vision sebanyak 8.52% dan Mustakim 6.7%.

Dalam pada itu, harga saham KPower berada dalam penurunan sejak Mei 2021 semasa isu audit syarikat saudaranya, Serba Dinamik.

Pengarah urusan dan ketua pehawai eksekutif (CEO) Serba Dinamik, Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah sebelum ini pernah menjawat jawatan sebagai pengerusi bukan bebas dan bukan eksekutif KPower kemudian meletakkan jawatanya pada Disember lalu.

Abdul Karim telah melupuskan 79.05 juta saham yang dipegangnya dalam KPower pada 13 Januari lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat