Penerbitan Data NFP Buatkan Trader ‘Garu Kepala’!

1,093

Pasaran buruh A.S tanpa disangka menunjukkan prestasi yang semakin lemah pada bulan Disember dengan peningkatan kes jangkitan Covid-19 yang mengekang penawaran kerja di seluruh negeri dalam Amerika Syarikat (A.S) dan sekatan yang dikenakan oleh kerajaan yang menghadkan operasi perniagaan.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja, NFP hanya mencatat penurunan sebanyak 140,000 pada Disember. Bacaan ini hampir tiga kali ganda melebih jangkaan para pakar ekonomi yang hanya sasarkan penurunan sebanyak 50,000 pekerjaan. Prestasi ini membawa indikasi bahawa pasaran buruh di A.S semakin lemah.

Walaupun begitu kadar pengangguran adalah sedikit lebih baik dari jangkaan penganalisis iaitu pada 6.7% berbanding sasaran yang ditetapkan pada 6.8%. Sejak pemulihan ekonomi yang bermula pada bulan Mei, ekonomi telah berjaya menambah pekerjaan sebanyak 12.3 juta. Antara sektor yang paling terkesan ialah sektor industri, perhotelan, restoran dan pelancongan.

Tahun 2020 merupakan tahun sukar kepada semua orang, di Amerika Syarikat 22 juta pekerja telah diberhentikan sementara waktu antara bulan Mac dan April. Bermula bulan Mei, sektor buruh mula bertambah baik dan pulih dari kemerosotan.

Di sisi yang sama, dapat disaksikan bahawa sektor swasta juga mengalami nasib yang sama. Bacaan ADP pada tempoh hari menunjukkan bahawa pengambilan pekerja swasta menguncup buat kali pertama sebanyak 123,000 pada bulan Disember yang penularan Covid-19 yang tidak terkawal.

Indeks US dolar merosot sebanyak 0.06% berbanding matawang utama kepada paras tukaran 89.748 setakat jam 9.50 p.m.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat