Pengambilan ‘Dadah’ Adalah Bagus Untuk Para Pelabur – Elon Musk

789

Dalam temu bual terbaru, Elon Musk berkata ketamin preskripsi dapat membantunya merawat episod kemurungan dan mencadangkan bahawa pengambilan ubat itu telah memberi manfaat kepada syarikatnya.

Katanya lagi ketika sesi temu bual bersama Don Lemon, beliau mengambilnya dengan kuantiti sedikit setiap minggu. Kadang-kadang kurang kerap hanya sekadar untuk merawat penyakit kemurungannya sepanjang menjadi pelabur.

Ulas Ketua Eksekutif Tesla dan SpaceX itu lagi, ketamin membantu untuk mengeluarkan seseorang daripada dibelenggu fikiran negatif.

Musk turut ditanya berkenaan pengambilan bahan ketamin mampu mengganggu kontraknya bersama kerajaan dan syarikat-syarikat di Wall Street. Beliau menyangkal dakwaan tersebut sambil menjelaskan penggunaan dadah tersebut.

Penggunaan ketamin oleh Musk pertama kali dilaporkan oleh The Wall Street Journal. Dalam satu artikelnya, akhbar itu melaporkan bahawa beberapa eksekutif Tesla dan SpaceX bimbang tentang penggunaan dadah oleh jutawan itu.

Dalam tweetnya pada April 2022, Musk mengeluarkan kenyataan bahawa preskripsi anti kemurungan Wellbutrin harus dibuang dalam siaran bahan tersebut. Pakar penjagaan kesihatan turut mempertahankan keberkesanan dan keselamatan ubat tersebut.

Sejak beberapa tahun ini, ketamin anestetik telah menarik banyak perhatian dalam industri perubatan sebagai rawatan yang berpotensi untuk pesakit mengurangkan kemurungan, kebimbangan dan keadaan lain.

Namun, siaran tersebut turut mendapat pelbagai pandangan negatif warga maya apabila netizen mengaitkan kematian pelakon Matthew Perry adalah berpunca akibat pengambilan ketamin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat