Pengumuman Fed Lemahkan US Dolar, EUR/USD Catat Kenaikan Semula

1,587

Pengukuhan US dolar pada awal dagangan minggu ini terbantut selepas pengumuman Federal Reserve (Fed) semalam untuk program perjanjian belian balik (repurchase agreement) kembali melemahkan matawang utama dunia itu.

Langkah diambil oleh Fed untuk meningkatkan kecairan dalam pasaran sebagai salah satu usaha membendung kemerosotan ekonomi yang dijejaskan oleh penularan wabak pandemic COVID-19 di Amerika Syarikat yang semakin parah.

Seperti yang dikongsikan dalam analisis semalam, pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD telah memaparkan corak penurunan harga untuk dagangan awal minggu dengan pengukuhan semula US dolar di samping matawang Euro yang bergerak lemah dalam pasaran.

Pada dagangan Selasa, harga telah membuat penurunan bermula sesi Asia sehingga ke sesi Eropah namun pada sesi New York kembali menunjukkan kenaikan semula selepas nilai US dolar kembali menyusut.

Penurunan terendah harian semalam mencecah 120 pips ke paras sekitar 1.0925 sebelum harga melonjak semula sehingga ke paras halangan Moving Average (MA50) pada penghujung sesi New York.

Bersambung pada sesi Asia pagi ini, harga bergerak perlahan menguji paras halangan MA50 di bawah paras harga 1.10400.

Harga dijangka turun di bawah paras 1.1000 untuk menguji zon RBS (resistance become support) tersebut sebelum meneruskan penurunan lebih rendah ke paras terendah harian semalam.

Sebaliknya jika harga membuat kenaikan lebih tinggi, paras 1.1100 akan menjadi destinasi tumpuan yang terhampir.

Kenaikan yang diteruskan akan menguji paras ketinggian 1.1140 pada awal minggu sebelum meneruskan kenaikan menuju zon resistance pada sekitar 1.1200.

Tumpuan pelabur akan terarah pada data pekerjaan ADP Amerika Syarikat dan juga data PMI pembuatan ISM pada malam ini.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat