Penurunan EUR/USD Perlahan Menuju Laporan NFP

513

US dolar dilihat memaparkan kenaikan pada dagangan Selasa semalam disokong oleh beberapa faktor yang menjadi tumpuan pelabur.

Sentimen pasaran dilihat kembali berisiko dengan laporan penularan virus yang kini merebak di Asia yang akan menjejaskan pemulihan ekonomi global. US dolar sebagai mata wang safe-haven mendapat kelebihan dalam situasi pasaran risk-off ini.

Data keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan pada sesi New York semalam juga mencatatkan bacaan kukuh untuk Jun, meningkat ke paras tertinggi 16 bulan.

Selain itu, turut menjadi tumpuan adalah ucapan Gabenor Fed, Christopher Waller yang optimis yang menyatakan bank pusat perlu mengurangkan pembelian aset (tapering) seawal tahun ini untuk tindakan menaikkan kadar faedah pada tahun berikutnya.

Beberapa faktor ini dilihat memberi sokongan untuk US dolar kembali memulakan rentak pengukuhannya semula dan memberikan tekanan terhadap mata wang utama lain dalam pasaran.

Pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga dilihat semakin tenggelam lebih rendah di bawah paras 1.19000 semalam setelah harga menguji paras tersebut pada hari sebelumnya.

Paras terendah dicecah harga pada sesi New York semalam sekitar 1.18750 sebelum sedikit pantul semula untuk mendatar di sekitar 1.19000 semula sehingga dagangan bersambung ke sesi Asia pagi ini (Rabu).

Pergerakan harga masih berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk isyarat harga untuk meneruskan trend penurunan.

Dengan corak pergerakan yang perlahan, penurunan harga akan dijangkakan akan menguji paras sokongan minggu lalu sekitar 1.18500 sebelum meneruskan penurunan lebih rendah ke zon support 1.18000.

Penurunan harga ke zon tersebut juga akan turut mencatatkan paras terendah terbaru 12 minggu.

Sebaliknya jika harga berjaya membuat lonjakan semula, paras rintangan minggu lalu sekitar 1.19700 akan diuji sebelum harga ke paras tumpuan pada 1.2000 pula.

Untuk kenaikan lebih tinggi akan mensasarkan harga menuju ke zon SBR (support become resistance) pada 1.20600-1.20900.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat