Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang, Emas dan Minyak Mentah Dalam Pasaran Asia

80

Forex

Matawang US dolar menyusut berbanding matawang yen dalam pembukaan sesi dagangan Asia pada hari Rabu.

US dolar mencatat bacaan 111.62 berbanding yen dalam sesi dagangan Asia dengan pengukuhan sebanyak 0.13% selepas mencatat penyusutan. Manakala AUD menyusut sedikit sebanyak 0.03% kepada 0.7593 berbanding US dolar setakat jam 10.15 pagi.

  • Terdapat ujian peluru berpandu oleh Korea Utara pagi tadi yang jatuh di kawasan perairan Jepun, namun USD mengalami penyusutan sebelum mengukuh semula.
  • Penyusutan ini didorong laporan jualan runcit yang mencatat kejatuhan 0.2% pada bulan Oktober.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang mengukuh sedikit 0.01% kepada 93.21 dalam sesi dagangan Asia pada hari Rabu setakat jam 10.15 pagi.

Pemain pasaran juga terus memerhatikan perkembangan reformasi cukai yang dijangka akan diundi di Senat pada Khamis.

Minyak

Harga minyak mentah jatuh tiga hari berturut-turut pada Rabu berikutan kekecewaan terhadap ramalan inventori minyak US dan pasaran sedang menunggu mesyuarat pengeluar minyak OPEC dan non-OPEC di Vienna pada Khamis.

Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember jatuh sebanyak 0.47% kepada $57.72 setakat jam 10.15 pagi.

Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London jatuh sebanyak 0.16% kepada $62.90 setong setakat jam 10.15 pagi.

  • Berdasarkan laporan American Petroleum Institute (API), inventori minyak mentah US meningkat sebanyak 1.821 juta tong, manakala bekalan minyak gas jatuh 1.529 juta tong.
  • Penganalisis menjangkakan bekalan minyak mentah jatuh sebanyak 2.301 juta tong pada minggu lepas. Inventori minyak gas pula diramalkan naik 1.199 juta tong.

Emas

Sentimen ujian peluru berpandu gagal mendorong peningkatan harga dalam emas dalam sesi dagangan Asia pada hari Rabu.

Emas dalam niaga-hadapan (futures) di Comex susut 0.13% pada Selasa kepada $1,293.20 setakat jam 10.15 pagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat