Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang Forex Setakat Petang Ini

37

US dolar didagang di paras tertinggi dua bulan lalu berbanding Yen pada Isnin selepas tambahan pekerjaan US melebihi jangkaan pasaran Jumaat lalu.

Usd/Jpy naik 0.32% kepada 114.27 setakat pukul 3.31 pm pada Isnin yang merupakan paras tertinggi sejak 11 Mei.

Data Non-Fram Payroll (NFP) menambah 222,000 pekerjaan bulan lalu seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Buruh US berbanding jangkaan 175,000.

Peningkatan kukuh dalam jumlah pekerjaan bukan perladangan memastikan kesihatan ekonomi Amerika Syarikat yang kukuh bagi bank pusat meneruskan normalisasi polisi monetari.

The Fed telah menaikkan kadar faedah pada mesyuarat Jun yang merupakan kenaikan kali ketiga dalam jangka masa enam bulan. Namun, masih ada kebimbangan terhadap inflasi yang masih sukar meningkat.

Dalam perkembangan lain, data di Jepun pada Isnin menunjukkan tempahan mesin jatuh buat kali pertama dalam lapan bulan pada Mei. Hal ini meningkatkan keraguan terhadap pemulihan ekonomi global yang berkemungkinan kehilangan momentum.

Gabenor Kuroda dalam ucapannya menegaskan bahawa bank pusat akan mengekalkan rangsangan terhadap ekonomi sehingga sasaran inflasi 2% dicapai.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain stabil di sekitar 95.81, hanya naik 0.03% pada Isnin.

Eur/Usd tidak berubah setakat pukul 3.41 pm di sekitar 1.399. Matawang tunggal ini naik 0.31% setakat ini dan berada di sekitar 130.29.

Sterling juga tidak banyak berubah dengan Gbp/Usd susut 0.05% dan berada di sekitar 1.2885 setakat pukul 3.44 pm.

Loonie mengukuh pada Jumaat selepas data pekerjaan Kanada mengukuh lebih dari jangkaan yang dijangka melonjakkan potensi kenaikan kadar faedah bank pusat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat