Pergerakan Semasa Pasaran Forex Setakat Pada London Open

478

US dolar secara perlahan mula pulih pada sesi dagangan Asia pada hari Rabu di mana matawang safe-haven Yen menyusut berbanding US dolar oleh kerana kebimbangan terhadap perang perdagangan yang semakin reda.

Dalam masa yang sama, perkembangan di Semenanjung Korea dan percubaan untuk menamatkan skandal politik di Jepun adalah perkembangan yang baik sekaligus memulihkan sentimen pasaran.

Indeks US dolar mengukuh berbanding enam matawang utama yang lain sebanyak 0.08% kepada paras harga 89.04 setakat pada pukul 4.13 petang.

Pada pembukaan pasaran Eropah, EUR/USD setakat ini hampir tidak berubah yang hanya susut 0.02%. GBP/USD pula naik 0.09% meneruskan kenaikan dari paras terendah Selasa.

Tariff yang dikenakan oleh Pentadbiran Trump ke atas China telah mencetuskan kebimbangan global terhadap perang perdagangan tetapi US dolar mula pulih berikutan harapan terhadap rundingan dua kuasa besar ekonomi dunia itu.

Pasaran ketika ini sedang menantikan data pertumbuhan ekonomi (KDNK) Amerika Syarikat suku keempat yang akan dikeluarkan pada pukul 8.30 malam pada Khamis.

Pair USD/JPY setakat ini naik sebanyak 0.22% kepada paras harga 105.57. Pair ini membuat kenaikan dari paras harga 104 berikutan keadaan geopolitik di Korea Utara yang semakin baik.

Laporan menyatakan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe sedang bersiap sedia untuk mengadakan pertemuan dengan Presiden Trump pada bulan April. Pertemuan ini adalah untuk mengadakan perbincangan dan mengembangkan strategi menjelang pertemuan antara pemimpin Korea Utara dan A.S.

Pair AUD/USD merosot sebanyak 0.25% kepada paras harga 0.7663 setakat pada pukul 4.25 petang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat