Pergerakan Terkini Pasaran Forex Setakat Pada New York Open

612

US dollar didagangkan lebih rendah pada Khamis sekaligus mengurangkan keuntungan yang dicapai pada Rabu. USD pada Rabu banyak disokong oleh sentimen pasaran yang semakin positif dan juga data pertumbuhan ekonomi GDP Amerika Syarikat yang memberangsangkan.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain susut 0.14% setakat pada pukul 9.43 malam. Indeks USD ini meningkat sehingga 0.88% pada sesi dagangan sebelum ini (Rabu).

Tumpuan kepada US dollar hari ini adalah data perbelanjaan pengguna yang dikeluarkan pada pukul 8.30 malam. Data menunjukkan perbelanjaan pengguna yang sejajar dengan jangkaan pasaran.

Data yang lebih penting iaitu Core PCE Price Index hanya naik 0.2% secara bulanan (MoM) sejajar dengan jangkaan. Data Core PCE ini adalah data yang dikatakan menjadi keutamaan The Fed untuk melihat pergerakan inflasi. Dari segi tahunan (YoY), data ini meningkat 1.80% yang menghampiri sasaran INFLASI bank pusat Amerika Syarikat (The Fed) iaitu 2%.

Walaubagaimanapun, data kali dijangka tidak banyak mengubah jangkaan pasaran terhadap kenaikan kadar faedah tahun ini. Fed iaitu bank pusat A.S. menaikkan kadar faedah pada minggu lalu, tetapi masih kekal dengan unjuran 3 kali kenaikan kadar faedah pada 2018.

EUR/USD setakat ini membuat kenaikan sehingga 0.16% dengan USD/JPY susut 0.50%. GBP/USD pula susut 0.09% setakat pada pukul 9.54 malam.

Antara lain data yang dikeluarkan pada hari ini adalah bacaan pertumbuhan ekonomi Kanada yang meleset pada Januari. Ekonomi Kanada meleset sebanyak 0.10% dua bulan lepas yang gagal meneruskan momentum ekonomi yang direkodkan pada 2017.

>>>NAK BELAJAR ANALISIS FUNDAMENTAL? KLIK SINI<<<

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat