Perkembangan Positif Rundingan EU-UK, GBP/USD Telah Melonjak 200 Pips!

1,051

Meleset berbanding jangkaan untuk menyusut, matawang Pound Sterling kembali bergerak kukuh dalam pasaran susulan perkembangan rundingan Brexit antara UK dan Kesatuan Eropah (EU) semalam.

Hasil perbincangan melihatkan keputusan yang lebih baik dengan tolak ansur oleh EU yang telah memberi kesan positif terhadap dagangan Euro dan Pound pada sesi New York.

Walaupun tempoh peralihan Brexit tetap disahkan berakhir pada 31 Disember 2020, namun kedua-dua pihak bersetuju untuk momentum baru bagi mencapai persetujuan rundingan pada penghujung musim panas nanti.

Perdana Menteri UK Boris Johnson menyatakan bahawa beliau tidak melihat kenapa rundingan tidak boleh berakhir pada penghujung Julai nanti. Beliau tidak mahu rundingan terus berlanjutan sehingga musim luruh atau musim sejuk, melainkan mungkin EU berminat.

Usai perbincangan konstruktif tersebut, dagangan Pound dilihat terus bergerak kukuh berbanding US dolar dengan kenaikan harga pada carta pasangan GBP/USD sehingga sesi New York berakhir.

Pada mulanya, harga bergerak membuat penurunan pada sesi sebelumnya mencecah paras terendah harian sekitar 1.24540 sebelum kenaikan dipamerkan pada sesi Eropah.

Harga membuat kenaikan dan melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta GBP/USD sehingga ke paras 1.26400 pada zon SBR (support become resistance) pada dagangan yang bersambung di sesi Asia hari ini.

Momentum kenaikan harga masih lagi dikekalkan walaupun pergerakan lebih perlahan berbanding sesi sebelumnya dengan harga telah melepasi paras 1.26400.

Kenaikan harga turut didorong oleh penyusutan semula dagangan US dolar selepas pengumuman pembelian bon oleh Federal Reserve (Fed) yang mencetuskan sentimen risk-off pasaran.

Jika kenaikan diteruskan, destinasi tumpuan adalah dilihat pada zon resistance sekitar 1.28000 yang menjadi paras ketinggian diuji minggu lalu.

Kenaikan lebih tinggi melepasi zon resistance tersebut berkemungkinan mampu mencapai paras ketinggian terbaru sehingga 1.29500.

Namun jika penurunan harga kembali berlaku, harga bakal turun menguji semula paras terendah harian semalam.

Penurunan lebih rendah akan menuju pula zon RBS (resistance become support) pada 1.23600 dan seterusnya pada 1.22500.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat