Permodalan Pasaran Kripto Kini Dah Cecah $1 Trilion!

448

Permodalan pasaran kripto telah menembusi $1 trilion untuk kali pertama pada awal pagi tadi waktu tempatan.

Pada masa yang sama, Bitcoin (BTC) mencatatkan nilai tertinggi harian $37,313, rekod all-time high terbaru selepas melepasi $35,800 semalam.

Berdasarkan permodalan pasaran, kelas aset kripto telah melonjak dua kali ganda sejak bulan yang lalu ketika BTC mencatatkan rekod tertinggi terbaru berturut-turut dan Ether (ETH) berjaya melepasi $1,100 untuk kali pertama sejak tiga tahun yang lalu.

Ini bermakna kedua-dua aset telah membawa keuntungan sekitar dua per tiga daripada keseluruhan pasaran kripto.

Permodalan pasaran yang tinggi berjaya diraih beberapa hari selepas pasaran menembusi paras tertinggi bull market 2017-2018. Semasa di kemuncak kitaran terakhir awal 2018, keseluruhan permodalan pasaran dianggarkan sekitar $830 bilion.

Pada masa itu, altcoins juga mencatatkan peningkatan, menghampiri $547 bilion selepas Bitcoin kembali susut dari rekod tertinggi Disember 2017.

Bagaimanapun, pada hari ini pasaran altcoin bernilai kurang daripada separuh jumlah tersebut ekoran dominasi Bitcoin dalam kitaran semasa.

Para pemerhati pasaran kripto ketika ini menjangkakan bullish untuk Bitcoin dan altcoins pada tahun ini selepas permintaan institusi terhadap BTC meningkat, lonjakan yang berturut-turut dan penyusutan semulajadi, termasuk aliran kitaran pasaran untuk setiap empat tahun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat