Pertumbuhan GDP UK Suku Pertama Dikaji Semula Kepada 0.2%

49

Pertumbuhan ekonomi suku pertama UK telah dikaji semula dan diturunkan kepada 0.2% dalam anggaran kedua yang dibuat. Bacaan kali ini lebih rendah dari anggaran pertama 0.3% dan juga di bawah jangkaan pasaran 0.3%.

Manakala dari segi tahunan iaitu dalam tempoh 12 bulan sehingga suku pertama 2017, pertumbuhan ekonomi (GDP) juga rendah dari jangkaan 2.0% daripada anggaran awal 2.1%.

Terdapat sumbangan positif dari semua sektor pada suku pertama dengan pertumbuhan dalam sektor tenaga manakala sektor penggunaan tenaga merosot disebabkan faktor cuaca.

Dalam komponen perbelanjaan pengguna pula merekod bacaan yang semakin perlahan dengan pertumbuhan hanya 0.3% dari 0.7% dicatat sebelum ini. Bacaan ini juga merupakan bacaan yang terendah sejak suku keempat 2014. Walaubagaimanapun, pelaburan modal semakin meningkat dengan pertumbuhan 1.2% dari 0.1% dicatat sebelum ini.

Data kali ini akan mengekalkan jangkaan terhadap pertumbuhan UK yang perlahan tahun ini dan juga kelemahan dalam pertumbuhan perbelanjaan pengguna. Kajian semula data adalah lebih rendah dari anggaran yang dibuat oleh Bank of England.

Dalam susana seperti ini di UK, keyakinan terhadap pertumbuhan di UK akan semakin lemah.

Matawang Gbp melemah sejurus data ini dikeluarkan dengan Gbp/Usd jatuh 70 pip dan kini didagang di sekitar 1.2964.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat