Petunjuk Pasaran Kewangan Global Yang Trader Jadikan Panduan Hari Ini

69

Pasaran saham Asia didagang bercampur-campur walaupun prestasi di Wallstreet positif dengan Dow Jones ditutup 0.17% lebih tinggi dalam sesi Selasa.

Pasaran Asia menunjukkan prestasi yang kurang memberangsangkan menjelang ‘risk event‘ (peristiwa berisiko) mesyuarat FOMC pukul 2 pagi Khamis di mana pasaran Jepun, Korea Selatan dan Hong Kong cuti umum hari ini. ASX200 susut 1.0% dengan laporan pendapatan kaunter telekomunikasi kurang menggalakkan, manakala kaunter carigali merosot berikutan harga kuprum di bawah tekanan. Shanghai komposit juga rekod penyusutan 0.3%.

Di Eropah, Perdana Menteri May berkata telah dihalang dari perbincangan terma-terma Brexit bersama ketua-ketua EU. Selain itu, Kesatuan Eropah juga telah mengkaji semula bayaran yang harus dibayar UK kepada 100 billion Euro. Namun UK dilaporkan tidak akan membayar yuran tersebut.

Dalam pasaran Forex, Usd/Jpy kurang permintaan dan masih bergerak di sekitar 112.00 di mana pasaran Jepun memulakan cuti selama lima hari bermula hari ini. US dolar masih tidak cukup kuat untuk meneruskan kenaikan selepas naik dari paras 99.00.

Dolar New Zealand pula cenderung ke atas dengan data pekerjaan positif namun masih terhalang untuk naik berikuta kesan ‘regional factor‘ dari Australia.

Dolar Australia dengan Aud/Usd jatuh menunam pagi tadi berikutan prestasi pasaran saham dan komoditi utama negara itu masih di bawah tekanan.

Matawang Gbp didagang dalam keadaan volatile dengan ketidaktentuan Brexit walaupun data UK semakin baik sejak akhir-akhir ini.

Dalam pasaran komoditi, minyak mentah global terus berada di bawah tekanan dalam sesi dagangan Selasa, namun memulih sejak sesi awal Rabu dengan data API merekod bacaan positif.

Harga kuprum yang merupakan antara komoditi utama Australia masih lemah dengan emas tidak banyak berubah dari paras harga penutup Selasa berikutan pasaran masih menunggu kenyataan dari The Fed pada awal pagi Khamis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat