Pharmaniaga Suram Selepas Malaysia Umum Hentikan Penggunaan Vaksin Sinovac

3,378

Saham Pharmaniaga terus menyusut sebanyak 15.5 sen atau 14.9% kepada 88.5 sen pada sesi dagangan di Bursa Malaysia pada hari ini.

Penurunan terbabit telah dipengaruhi oleh pertimbangan para pelabur mengenai kesan kepada keputusan Malaysia yang ingin menghentikan pemberian vaksin Sinovac yang mana Pharmaniaga adalah prospek tunggal dalam proses pengedaran vaksin buatan China itu di Malaysia.

Pada pukul 11.29 pagi, harga saham Pharmaniaga menjangkau kerugian pada 90 sen dengan 70 juta saham diniagakan.

Ketika harga 90 sen, Pharmaniaga peroleh nilai pasaran sekitar RM1.18 bilion berdasarkan kepada 1.31 bilion saham terbitan syarikat.

Menerusi laporan berita pada 15 Julai, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba beserta pegawai tinggi kementerian yang lain mengumumkan bahawa Malaysia akan menghentikan pemberian vaksin Covid-19 yang dihasilkan oleh China SINOVAC Life Sciences Co Ltd setelah bekalannya berakhir.

Ini kerana Malaysia mempunyai jumlah vaksin lain yang mancukupi untuk melaksanakan program vaksinansi Covid-19 dan dianggarkan setakat ini Malaysia telah memperolehi sebanyak 45 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech.

Dilaporkan juga bahawa bagi individu yang masih tidak menerima suntikan vaksin, setiap daripada mereka bakal menerima vaksin Pfizer.

Berdasarkan kepada pengajuan di Bursa pada 22 Mac 2021, Pharmaniaga mengatakan bahawa pada ketika itu anak syarikat milik penuhnya iaitu Pharmaniaga Lifescience Sdn Bhd (PLSB) telah mengadakan penjanjian bersama Kerajaan Malaysia untuk membekal dan mengedarkan 200,000 dos vaksin yang dhasilkan oleh SINOVAC Life Sciences.

Menurut Pharmaniga, PLSB merupakan pemegang pendaftaran produk dan pengimport eksklusif produk siap yang diimport di Malaysia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat