Pound Berisiko Selepas BOE Kekal Polisi Longgar

281

Pound Sterling menjadi mata wang utama pada dagangan sesi New York semalam susulan mesyuarat polisi bank pusat England yang dinantikan para pelabur.

Bank of England (BOE) telah mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada 0.10% untuk mesyuarat edisi Mac dan turut mengekalkan fasiliti pembelian aset pada £895 bilion seperti yang dijangkakan pasaran.

Menurut bank pusat, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) UK yang lemah pada Januari didorong oleh perkembangan yang perlahan sektor awam.

Jika situasi semakin buruk, bank pusat bersedia untuk meningkatkan pelonggaran polisi bagi memastikan keberkesanan perubahan polisi terhadap kestabilan ekonomi.

Untuk tempoh yang akan datang, pelabur akan terus menantikan petunjuk oleh BOE bagi petunjuk tentang sebarang perubahan polisi selepas ini.

Sekiranya unjuran inflasi semakin melemah, ahli jawatankuasa bersedia untuk bertindak mengikut kesesuaian untuk mencapai sasaran bank pusat.

Polisi dijangka tidak akan diketatkan sehingga terdapat petunjuk yang lebih jelas sehingga menuju sasaran inflasi 2%.

Unjuran ekonomi UK masih kekal tidak menentu membuatkan pelabur lebih berwaspada terhadap dagangan Pound Sterling.

Pound kekal bergerak lemah untuk beberapa minggu di bawah paras $1.4000 berbanding US dolar seperti yang dipaparkan pada pergerakan harga di carta GBP/USD.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat